Wednesday, March 16, 2011

PANASNYA DI TANAH GERSANG


Angin panas mula menyentuh pipi di tanah gersang kerana angin sejuk sudah tamat gilirannya untuk memberi khidmat kepada penduduk di tanah gersang ini.Kedatanngan kawe untuk bercuti /makan angin yang bergaji yang di sambut pada awalan musim sejuk nampaknya berakhir dengan awalan musim panas ,mungkin ianya satu kebetulan yang amat menarik untuk memulakan pertemuan dan menamatkan perjanjian.

Pengalaman mengalami kemuncaknya musim panas di bumi yang panas sepanjang tahun ini juga amat menarik untuk disimpan sebagai satu kenangan dalam menjalani sebuah kehidupan .Kawe disambut dengan limpahan tamar yang telah masak terhidang tapi terpaksa tinggalkan   pohon tamar yang  baru  mengeluarkan mayang untuk berbunga.

Sentuhan angin panas yang melanggar pipi ditanah gersang kali ini agak berbeza sedikit dengan bahang yang sebelumnya.Panas kali ini bukan sahaja dari kesan bahang matahari membakar kulit untuk memerah peluh membasahi pipi.Jarang sekali kita dengar penduduk ditanah gersang ini menemui ajalnya kerana kesan klimaks panasnya matahari .





Kepanasan ditanah gersang kali ini berbeza kerana kepanasan didalam diri penghuni tanah ini memuncak diawalan musim panas mentari muncul.Bermula di mesir dan kini dah berjangkit hampir keseluruh tanah arab.Apa yang berlaku dalam gambar dan video diatas adalah yang terjadi di Bahrain.

3 tahun yang lepas kawe ada melawat Manama iaitu ibukota kepada Bahrain.Jika hendak dibandingkan dengan kota kota negara Arab yang lain Manama ini agak ketinggalan sedikit dari segi kemajuannya ,penduduk asalnya masih memandu teksi untuk menyara keluarga.


No comments: