Sunday, March 6, 2011

FARAHHANA OHH FARAHHANA


Menarik bila membaca Utusan Malaysia hari ini bila seorang gadis manis yang berpangkat Pengarah Kebangsaan JMM  sebuah NGO Melayu yang menyamakan TGNA dengan  AYAH PIN.

Kawe setuju dengan kenyataan gadis manis ini TAPI sebelum kawe nak hurai lebih panjang mengenai persetujuan kawe mengenai kenyataan beliau elok kawe catatkan dulu apa objektif utama NGO ini seperti yang tercatat sebagai IKRAR AHLI. seperti di bawah ;

KAMI, Umat Melayu beragama Islam pada hari ini berjanji, tidak akan berhasad dengki, khianat dan iri hati, bertelagah dan berbalah sesama sendiri.
KAMI, berjanji akan bersatu padu dan patuh menegakkan Agama Islam.
KAMI, juga berjanji akan bekerja kuat untuk menyara diri dan keluarga kami
KAMI, sedia bersaing sesama umat Melayu dan kaum-kaum lain dengan jujur dan terhormat
KAMI, umat Melayu bersumpah setia untuk:

Mempertahankan kepentingan dan Hak Melayu
Mempertahankan kedaulatan Raja-Raja Melayu
Memperjuangkan ikhtisad dan pelajaran bangsa Melayu dan
Mempertahankan maruah Negara supaya aman sejahtera

Sekali lagi kawe bersetuju tanpa bantahan pasal SUMPAH dan IKRAR ahli ahli JMM ini.. Berbalik kepada kenyataan Farahhana diatas yang kawe kata kawe bersetuju tu .Malah jika farahhana berkata pen adalah satu ALAT untuk menulis atau pensil satu ALAT untuk melukis pun kawe akan setuju dengan beliau.Tapi adakah Farahhana boleh bersetuju dengan kawe jikalau kawe kata Nabi Muhammad S.A.W PERGUNAKAN  wahyu wahyu dari Allah yang di sampaikan oleh Jibrail untuk mengubah /mempengaruhi /menguasai pemikiran masyarakat Jahiliah pada zaman itu?...Sewajarnya Farahhana memasukkan dalam sumpah umat Melayu yang berdakwah merah diatas itu untuk Mempertahankan wahyu wahyu dari Allah itu juga  .Barulah bila Farahhana hendak mempertahankan kepentingan dan hak melayu maka wahyu wahyu dari Allah itu terjaga sama.

Kawe petik ayat si gadis manis ini;
"Mereka boleh melakukan apa sahaja tanpa boleh ditegur oleh pengikutnya kerana 'kesucian' mereka itu," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini."

Berdasarkan petikan diatas memanglah tiada beza diantara TGNA dan AYAH PIN , kedua duanya pemimpin,kedua duanya ada pengikut ,kedua duanya disanjungi dan di hormati oleh pengikut ,kedua duanya mempunyai pengikut fanatik masing masing.BENAR sekali tiada seorang pengikut AYAH PIN yang berani membantah beliau atau yang berani mengatakan apa yang diajar itu tidak betul begitu jugalah TGNA tidak pernah kita mendengar pengikutnya berkata beliau itu SESAT. Jaddik tiada sebab yang kukuh untuk kawe boleh tidak bersetuju dengan farahhana melainkan setuju belaka dengan kenyataan beliau. Dan kawe yakin farahhana juga akan bersetuju dengan kawe jika kawe kata TGNA pun bersetuju dengan kawe jika kawe kata segala ajaran wahyu yang diajar/dibawa oleh Nabi SAW kepada umat manusia adalah semuanya benar belaka ....Apakah farahana sedar bahawa AYAH PIN tidak bersetuju dengan Nabi SAW ini? Mungkin farahhana akan berkata imej TGNA dan AYAH PIN tetap sama walaupun berbeza dari sudut penerimaan kepada kekasih Allah ini....Hanya farahhana mampu menjawab.


Pernahkah Farahhana pada bila bila masa mendengar/mengetahui bahawa AYAH PIN pernah mencabar mana mana mufti/majlis fatwa/pihak berkuasa agama untuk menyiasat/rela disiasat jika segala ajaran yang di bawa oleh beliau itu salah? Satu Malaysia tahu bahawa yang mengeluarkan FATWA bahawa ajaran AYAH PIN itu adalah pihak berkuasa/berwajib /majlis fatwa /majlis agama yang bertanggungjawab di Malaysia .Apakah pihak berwajib ini mengambil tindakan keatas AYAH PIN berdasarkan kerana Farahhana menyamakan AYAH PIN dengan TGNA? Kalaulah benar pihak berwajib ini mengambil tindakan keatas AYAH PIN kerana desakan Farahhana di dalam utusan Malaysia MAKNANYA farahhana lebih berkuasa dari pihak berkuasa tentang agama di malaysia....Bolehlah digelarkan farahhana ini ketua segala mufti dan ulamak wanita pertama di malaysia ...kesian Dr Masitah dah mula tenggelam mata pencariannya kerana timbulnya farahhana ini.

Walaupun Farahhana tidak dapat mengeluarkan satu bukti atau satu kenyataan yang di siarkan oleh Utusan Malaysia bahawa AYAH PIN pernah mencabar pihak berkuasa seperti mana TGNA yang selalu mencabar pihak berkuasa supaya menyiasat atau beritahu akan kesalahan beliau dalam mengerjakan kerja dakwah kepada rakyat malaysia ,kawe masih tetap bersetuju dengan kenyataan farahhana bahawa AYAH PIN dan TGNA itu sama walaupun dapat dilihat dengan amat KETARA perbezaan dimata HATI orang yang celik agama namun bagi mereka yang mata DUITAN seperti Farahhana KESAMAAN itu memang jelaslah.

Jaddik untuk kawe terus kekal menyokong dan bersetuju dengan farahhana ini kawe MEMOHON kepada farahhana dengan lebih keras lagi mendesak pihak yang berkuasa mengenai hal ehwal agama islam di malaysia supaya mengambil tindakan yang TEGAS kepada TGNA dan usaha farahhana itu mesti sampai ke tahap Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan FATWA resmi bahawa ajaran agama islam yang dibawa oleh TGNA itu adalah SESAT seperti ajaran sesat yang di bawa oleh Ayah Pin. Jikalau semua pihak berkuasa Agama Islam malaysia  tidak berani untuk mengambil tindakan keatas TGNA sepertimana tindakan yang diambil keatas AYAH PIN maka kawe dengan 100% akan menyokong Farahhana/JMM keluarkan FATWA bahawa pihak berkuasa agama islam di Malaysia adalah SESAT seperti mana sesatnya TGNA dan AYAH PIN dalam terjemahan Farahhana.

Itu yang kawe setuju dengan farahhana ni dan kawe ada juga yang tidak setuju dengan Farahhana sebagai ahli dan pemimpin NGO JJong Mmapuh Melayu (JMM). Apa yang kawe tak bersetuju dengan JJM adalah ikrar ahli yang berbunyi "KAMI, Umat Melayu beragama Islam pada hari ini berjanji, tidak akan berhasad dengki, khianat dan iri hati, bertelagah dan berbalah sesama sendiri." 


Kenapa kawe tidak sokong dengan IKRAR itu? ....Masyarakat yang diluar sana harus menilai dengan pandangan masing masing.....







1 comment: