Tuesday, July 31, 2012

Otak Kemetot

P83

1. Pintu masuk jangan di halang >>> Zalim
2.Pintu keluar jangan di sekat>> Kejam
3keluar dan masuk >>> Proses yang tidak boleh berhenti.
4. Sekatan adalah satu penafian.
5.Pemberian adalah Jalan keluar yang berlapang
6.Kebebasan patut berpada pada.
7.Sekejap Bukan bermakna tidak menganggu,
8.Capai matlamat jangan sampai merosakkan.
9. Kemudahan tidak wajar dijamin dengan kepayahan.
10. Berdiam diri Bukan jaminan bersetuju secara hakiki

Pisau

P79



Kegunaan yang pelbagai untuk kemusnahan Dan kemudahan.Untuk mengenyangkan perut yang lapar juga memerlukan pisau utk memo tong makanan.

Untuk menyelamatkan diri atau jaga keselamatan diri Dari musuh juga pisau amat berguna.

Di Muslim Raya haji paling sibuk pisau berjaya Dari upacara semelih Lembu sehinggalah gulai masak di dalam kawah.

Di musim PRU pun peranan istilah dari kerja kerja pisau ini juga tidak ketinggalan dari sudut kepentingan Dan kepergunaannya.

SELAMAT KERAT MENGERAT MENJELANG PILIHANRAYA YANG BAKAL TIBA INI


Thursday, July 26, 2012

SILATAN POLITIK BACHOK


"RAMPASAN KUASA " DI PARLIMEN BACHOK?  Begitu tajuk yang kawe beri hampir setahun yang lalu bila kawe menulis disini mengenai isu politik di Bachok yang tergembar gembur didalam facebook pada ketika itu. Kali ini sekali lagi kawe ingin mengarut disini mengenai politik BAchok yang hangat dan panas di bincangkan di dalam Facebook.

Kali ini kawe ingin menulis mengenai permainan politik Bachok yang semakin menarik ini bila PRU 13 semakin dekat dengan pestanya.Mungkin coretan kawe ini juga mempunyai rentetan atau kaitan dengan penulisan terdahulu TAPI mestilah dilihat dari sudut alam maya bukan realitinya yang akan berlaku diluar sana.

Keriuhan yang berlaku di Bachok pada hari ini adalah berkenaan calon untuk Parlimen bagi PAS ,siapakah calon yang sesuai dan boleh diterima oleh rakyat Bachok setelah gurisan telah dilakukan oleh Ahli parlimen PAS yang ada pada hari ini .Jaddik faktor utama yang mungkin menjadi perhatian pihak PAS adalah calon dari luar Kelantan atau luar Bachok mungkin tidak lagi diterima oleh rakyat Bachok walaupun ahli PAS Bachok boleh terima . Mungkin jumlah keramaian ahli PAS di Bachok masih tidak mampu untuk mengekalkan kerusi yang disandang pada hari ini.Mahu atau tidak PAS perlu mengemukakan calon dari anak tempatan untuk berhadapan dengan Datuk Awang Adek Hussin .

PAS dilihat atau mungkin dilihatkan tidak mempunyai calon dari anak tempatan untuk ditonjolkan untuk menyakin rakyat BAchok bahawa DAA itu tidak releven .Bila keadan ini berlaku maka anak anak BAchok dialam maya mula berbicara perkara ini dengan pelbagai andaian dan cadangan yang pasti membina atau bagus bagi yang mencadangkan.Perlu juga kawe catatkan disini bahawa didalam UMNO sendiri terdapat pihak pihak yang mahu DAA digulingkan lagi sekali di Bachok .Terdapat juga bekas bekas orang kuat DAA secara terbuka menyatakan penentangan mereka kepada DAA walaupun masih ahli UMNO dan ada lebih "daring " lagi apabila dengan secara terbuka mengistiharkan keluar UMNO untuk sertai PAS.

Pihak PAS yang tidak mahu dilihat sebagai mereka tidak mempunyai calon anak tempatan yang berwibawa maka penyokong penyokong PAS di alam maya ini cuba menonjolkan beberapa tokoh tokoh muda PAS Bachok untuk dicalonkan dalam PRU 13 nanti . Namun begitu berdasarkan komen komen yang diberikan serta kritikan yang dilontarkan amat jelas kudrat kewibawaan calon muda dari PAS tersebut bukan tidak layak tapi masih mentah dan rapuh untuk berhadapan dengan DAA sebagai pemimpin besar UMNO Kelantan pada ketika ini.Sengit dan tajam kecaman kecaman yang dilontarkan kepada bakal calon muda PAS tersebut.

Jangan lupa apa yang kawe tulis diatas bahawa ada golongan ahli umno yang mahu melihat DAA tersungkur di Bachok dan gerakan mereka ini bukan dilakukan secara maya tetapi telah meresapi ke akar umbi pengundi Bachok.Di alam maya ada satu kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai non partisan mencadangkan seorang bekas pemimpin UMNO yang sedang bertawaquf dicalonkan sebagai orang yang layak untuk menentang DAA di Parlimen Bachok.Semarak seperti api yang dicurahkan minyak gempitanya perbualan yang difokuskan kepada susuk ini.Ada pro dan con itu adalah perkara biasa dialam maya bila perdebatan berlaku.Namun begitu sukar bagi sesiapa yang mengenali tokoh ini untuk menafikan  ketokohan yang beliau miliki sebagai anak tempatan Bachok yang berwibawa untuk memimpin rakyat Bachok.Cuma terdapat sedikit konflik secara peribadi dengan tokoh ini serta sedikit masalah teknikal yang perlu dibereskan dulu jika kehendak tersebut mahu direalisasikan.Itu riuh rendah yang berlaku didalam mukabuku.

Ramai yang tidak tahu adalah apa yang berlaku dialam yang nyata ,ada berita yang dibawa oleh angin berkata susukan tokoh ini telah mendapat perhatian daripada kepimpinan tertinggi PAS di Kelate TAPI kawe tidak jelas sejauhmana kebenaran angin yang membawa berita tersebut. Khabar juga ada mengatakan bahawa kepimpinan utama PAS Bachok juga merasa sedikit tidak selesa dengan berita yang diceritakan oleh angin tersebut .Samada susuk tubuh tersebut ada pertemuan dengan pembesar PAS Kelate atau tidak kawe tidak tahu dan kawe akan biarkan angin yang meneruskan melagukan cerita ceritanya.

Dalam satu perbualam kawe diluar maya dengan seorang pengundi dari Bachok yang berkisar dengan susuk tokoh ini dan bila soalan diajukan kepada kawe ..Lagu mana hendak menrealisasikan supaya tokoh ini menjadi calon di bachok diatas tiket pakatan rakyat untuk menentang DAA di Bachok .Pada mulanya kawe menganggap sahabat kawe tersebut sudah terlalu terpengaruh dengan apa yang berlaku didalam mukabuku.Tetapi setelah melihat riak muka beliau yang serius ...Kawe sambil ketawa berkata ada 2 cara .

Cara yang pertama susuk tersebut kena menyertai PAS lah tapi pilihan ini mudah untuk dipilih tapi jalan yang bakal dilalui sangat sukar . Kerana jika PAS Bachok memberi laluan kepada tokoh itu dalam erti kata lain PAS Bachok menghina  ketokohan pimpinan PAS Bachok yang sedia ada. Cara kedua adalah dengan menyertai parti PKR namun begitu cara yang kedua ini pun bukanlah satu jalan yang mudah untuk mejadi kenyataan .Kawe tidak mahu menghuraikan halangan halangan disini kerana kawe yakin semua orang sudah tahu apa sebab sebabnya.

Dan sehari dua ini riuh di FB mengatakan susuk ini akan bertanding menentang DAA di parlimen Bachok atas tiket PR . Pakatan Rakyat disini bermakna PAS atau PKR lah tapi yang menariknya susuk tersebut masih ahli U\MNO yang sah , susuk ini tidak mendapat surat tunjuk sebab seperti Tamrin Ghaafar kerana hentam UMNO atas pentas pembangkang. Susuk ini tidak pernah secara terbuka menyatakan sokongan kepada PAS atau PKR. Tokoh ini tidak pernah melayangkan satu surat kepada YAB PM seperti yang dibuat oleh Tamrin dlam menyatakan kebenaran yang kawe tahu mungkin ada tapi diluar pengetahuan kawe.

Kawe pernah cuba menguji tahap ketaksuban pnyokong penyokong tokoh berkenaan bila kawe melakukan provokasi secara berasas didalam mukabuku.Bila kawe mengatakan PKR tidak releven untuk bertanding di semua kerusi di Kelantan ini menimbulkan satu kemarahan kepada penyokong yang mahu dilihat paling kuat berdiri dibelakang susuk tersebut . Jaddik sedikit gambaran yang boleh diceritakan disini bahawa PAS  menyambut susuk ini untuk bersama PR bukan bersama PAS.Mungkin PAS melihat susuk ini tidaklah sehebat tokoh tokoh PAS yang berada di Bachok.

Dalam percaturan politik, PAS kelihatan lebih bijak dari apa yang disangka oleh penyokong penyokong totok tokoh ini. Bila PAS merestui tokoh ini untuk bersama PR dengan sertai PKR maka secara gambarannya bolehlah penyokong totok yang mempunyai otak kereta soddok itu berangan angan bahawa PAS sudah merestui idola mereka bertanding atas tiket PKR di Bachok.Jaddik apabila kawe menolak pencalonan susuk itu untuk dicalonkan atas PKR di Bachok maka penyokong totok pun diserang histeria .hahahaha

Apa yang harus diperhalusi oleh totok yang berotak kereta soddok ini adalah keputusan yang di buat oleh pucuk pimpinan Pakatan Rakyat di Kelantan mengenai pembahagian kerusi adalah mengekalkan status dalam PRU 12 dahulu .Maknanya kerusi Parlimen Bachok adalah milik PAS maka mustahil lah berlaku susuk tersebut akan bertanding atas tiket PKR di Bachok melainkan berlakunya pertandingan tiga penjuru diantara PAS ..PKR dan BN .Dalam permaufakatan pakatan rakyat pertandingan 3 penjuru tidak akan berlaku .Dengan keputusan tersebut maka yang layak bagi susuk tersebut untuk bertanding atas tiket PKR adalah diluar Bachok jika masih mahu bertanding di Kelantan atau dinegeri negeri lain di Malaysia ini.

Kawe tidak menolak kemungkinan keputusan tersebut akan berubah tapi setakat hari ini dan saat ini itu adalah keputusan muktmad yang dimiliki oleh seluruh rakyat Bachok dan seluruh rakyat Kelantan. Satu perkara lagi yang kawe persoalkan adalah status parti susuk berkenaan . Batang tubuh yang dipuja oleh puak kereta ssodok ini masih lagi berstatus ahli UMNO yang sah .Jaddik apa rasional disini seorang ahli UMNO yang sah mahu bertanding diatas tiket PKR untuk menentang BN? Mungkin ada orang kata itu masalah teknikal sahaja ...Ya kawe soalkan permasalahan teknikal disini kerana kesungguhan perlu di jelmakan oleh pemilik batang tubuh berkenaan jika beliau benar benar IKHLAS untuk meratapi segala permasalahan yang dihadapi oleh rakyat Bachok.

Apa yang kawe lihat pada hari ini adalah susuk tersebut menggunakan kereta kereta ssodok untuk cuci tanah orang lain untuk beliau perintah nanti DAN sekiranya usaha kereta kereta ssodok ini berjaya maka beliau akan berlenggang lenggok untuk naiki tahta tanpa penat lelah . Sekiranya usaha kereta kereta ssodok ini tidak berjaya maka beliau akan kekal dengan status beliau seperti hari ini . Manusia seperti ini amat wajar kawe gelarkan sebagai manusia yang pentingkan diri sendiri dan makhluk perosak .

APAKAH KUMPULAN KERETA SSODOK PKR AKAN RAMPAS KUASA KERUSI PARLIMEN PAS DI BACHOK? 





ULANG TAHUN POLITIK PERSEPSI UMNO PASIR PUTEH


Hampir setahun yang lalu kawe menulis di blog ini mengenai POLITIK PERSEPSI UMNO PASIR PUTEH dari sudut pandangan kawe sebagai pemerhati dan pengkritik ikut sedap kawe nak kritik.Dalam penulisam tersebut kawe cernakan empat watak utama yang diberi peranan penting oleh kawe untuk membentuk PERSEPSI yang perlu diurus oleh minda minda yang suka berhalusina dengan budaya politik di Pasir Puteh.

Setelah setahun berlalu 3 watak yang kawe cernakan itu kelihatan seolah olah tenggelam dalam persada politik UMNO Pasir Puteh.Mungkin juga watak yang kawe pilih pada ketika itu bukanlah merupakan pemain utama yang bertanggungjawab untuk mengaturkan secara percaturan untuk kemajuan UMNO Pasir Puteh.

Siapa pencatur utama UMNO Pasir Puteh? Itu soalan yang kawe ingin tanya TAPI bukan jawapan tersebut yang kawe cari setahun yang lalu.Tapi untuk tahun ini jawapan tersebut sudah menjadi basi kerana suasana terkini sudah berubah oleh peranan hayat tampuk kuasa kerajaan hari ini sudah hampir tamat tempoh.Tempoh mandat oleh rakyat Malaysia kepada Pak Lah yang disalinkan kepada Najib sudah hampir tamat.Oleh yang demikian perkiraan hari ini dengan  perancangan setahun yang lalu oleh UMNO Pasir Puteh tentulah ada banyak perubahan yang berlaku.

Kawe tidak perlu singkapkan kembali kisah yang berlaku dalam bulan puasa tahun lalu kerana 3 watak yang kawe cernakan dulu seolah olah berpuasa tanpa waktu berbuka dan semestinya letih dan tidak bermaya untuk harungi cabaran .Mati kelaparankah 3 watak tersebut atau sedang menyimpan tenaga untuk bermaharajalela selepas Eidulfitri nanti .Bila ketiga tiga watak tersebut meredakan diri bukanlah bermakna percaturan dalaman UMNO terhenti atau pengasahan pisau tergendala.Bila 3 watak ini tenggelam maka muncul watak watak baru untuk mewarnai pelangi politik UMNO Pasir Puteh.

Jika dahulu kawe kautkan 4 watak tetapi kini pertembungan yang sebenarnya dari dahulu lagi adalah berkisar kepada 2 watak yang utama sahaja.Seperti permainan catur diatas papan yang berpetak Raja kepada kedua dua belah pihak akan dilindungi oleh para askar dan menteri. Diakhir pertempuran barulah si Raja muncul untuk membuat penyudah terakhir utk dapatkan kemenangan.Permainan catur memerlukan satu pasukan begitu jualah percaturan politik UMNO di Pasir Puteh juga mempunyai pasukan pasukan tertentu yang terlatih untuk diperadukan dengan pihak lawan semasa PRU 13 nanti.Kenapa UMNO PP memerlukan banyak pasukan BUKAN satu pasukan sahaja ? Jawapannya mudah jika ada banyak pasukan maka serangan kepada pihak lawan dapat dilakukan dari pelbagai sudut .Hahahaahha....

Apa yang menarik adalah satu pasukan ini diperingkat awal lagi sudah muncul RAJA nya dan satu lagi pasukan tidak muncul watak RAJA nya secara terbuka. Dan kawe dari awal lagi telah mengutip Raja yang menonjol itu sebagai salah satu watak dari 4 watak tersebut.Perkiraan kawe adalah adil mana mana raja yang mahu ditonjolkan awal maka kawe kira watak itu milik dunia untuk di ketahui.

Bila RAJA wujud maka mustahil hulubalang kepada RAJA tidak ada , bila hulubalang ada mustahil tidak dibekalkan dengan senjata ,bila senjata ada mustahil akan dibiarkan berkarat tanpa bertempur.Pertempuran yang berlaku pada tahun lepas diantara 2 RAJA dalam UMNO PP bukanlah satu pertempuran untuk menghancurkan diantara satu sama lain TAPI bagi penglihatan kawe adalah satu pertempuran percubaan untuk menguji kekuatan hulubalang masing masing sahaja.Kebijaksanaan kepada satu kumpulan adalah bila berjaya menutup siapakah RAJA yang sebenar bagi hulubalang yang berjuang.Tetapi dalam satu sudut pendangan yang lain boleh dilihat bahawa RAJA yang berani jelmakan diri seawal pertempuran bermula boleh dikira sebagai RAJA yang berani namun begitu kebodohan juga boleh dianugerahkan kepada RAJA tersebut dari sudut PERSEPSI strategi.

Kini percaturan terbaru kedua kedua RAJA ini jaddik lebih menarik kerana pertempuran kali ini adalah pertembungan hidup mati dalam karier politik bagi seorang RAJA dan bagi seorang lagi RAJA inilah peluang untuk membuktikan dirinya sebagai benar benar RAJA yang ditakuti oleh rakyat Pasir Puteh dan masih gagah untuk menewaskan RAJA yang sudah tua .

RAJA mempunyai daulat itu dah sinonim tapi RAJA dalam politik UMNO  tidak memerlukan DAULAT tetapi JASA kepada rakyat adalah pengukur utama.Jaddik dalam perebutan untuk menjadi RAJA dalam UMNO di Pasir Puteh ini selaian dari kaekuatan hulubalang yang di miliki oleh kedua dua RAJA tersebut maka jasa kepada rakyat Pasir Puteh juga menjadi penentu utama untuk dipilih RAJA mana bakal di nobatkan.Tapi dalam UMNO secara keseluruhan dan UMNO Pasir Puteh tidak terkecuali bahawa JASA ini yang lebih penting adalah bukan kepada rakyat marhein tetapi JASA kepada pucuk pimpinan tertinggi parti adalah lebih utama untuk ditabalkan untuk menjadi RAJA di Bahagian UMNO seluruh negara .

Dengan adanya faktor JASA ini tak kira kepada rakyat atau pemimpin UMNO itu sendiri maka kawe tiada pilihan lagi selain melakukan imbasan kembali kepada kedua dua RAJA ini untuk membentuk persepsi andaian RAJA malah yang wajar dan patut ditabalkan oleh pimpinan tertinggi UMNO sebelum untuk dipilih oleh rakyat Pasir Puteh.Kali ini kawe akan lebih fokus kepada kekuatan JASA kedua dua RAJA ini untuk menilai dan dinilai oleh pelbagai pihak dan kawe tidak berminat dengan hulubalang hulubalang yang akan bertikam untuk mempertahankan RAJA masing masing nanti.

Kawe ambil RAJA yang sulong dahulu untuk ditampilkan ,RAJA ini satu ketika dahulu terkenal dengan seorang pemimpin yang mesra rakyat tetapi semasa RAJA ini berkuasa satu ketika dahulu ada sedikit kealpaan yang tidak disengajakan atau disengajakan mungkin telah diletakkan persepsi seorang RAJA yang selalu berada di Istana Kuala Lumpur bukan diteratak Pasir Puteh.Tapi pada ketika itu RAJA ini ditakuti kerana dikatakan amat rapat dengan Bakal Presiden UMNO yang tidak kesampaian.Hulubalang hulubalang RAJA sulong juga pada ketika itu amat perkasa serta digeruni lawan dan disegani kawan.

RAJA adik muncul selepas roda berpusing membawa kebawah RAJA sulong tersebut ,RAJA adik ini tidak kurang juga hebatnya sehinggakan ditakuti oleh kawan dan digeruni oleh lawan .Kelibat RAJA adik ini sangat agresif dan dagu tinggi kepada semua khlayak dan rakyat.Kemuncak kehebatan RAJA adik ini adalah bila berjaya membawa seluruh rakyat Pasir Puteh menyertai UMNO yang mana tidak pernah berjaya dilakukan oleh mana mana pihak sebelum ini.RAJA adik membina istana di Pasir Puteh dan hanya ke Kuala Lumpur jika perlu sahaja.RAJA adik juga meletakkan satu persepsi bahawa sesiapa yang menentang atau tidak setuju dengan beliau bermakna menentang UMNO.Dan RAJA adik ini tidak sekadar meletakkan persepsi sahaja malah bertindak ikut seleranya bila ada yang tidak setuju dengan beliau dan sejarah mencatatkan RAJA ini pernah membuang beberapa pemimpin UMNO yang lain di Pasir Puteh.

Pistol telah diletupkan untuk semua pelumba memulakan langkah untuk menuju kegarisan penamat dan kedua dua RAJA ini tidak ketinggalan terlibat sama dalam menyertai kelompok pelumba .Pelumba lain mempunyai satu matlamat sahaja iaitu untuk menjadi orang yang pertama sampai ke garisan penamat namun kedua dua RAJA ini mempunyai satu lagi matlamat tambahan iaitu untuk memastikan salah seorang sahaja yang akan sampai digarisan penamat nanti.Kedua duanya berlari pantas untuk ke garisan penamat dan kepantasan juga diperlukan oleh RAJA RAJA ini untuk mengulingkan salah seorang dari mereka sebelum sampai ke garisan penamat.Jika dilihat dari faktor usia tentulah RAJA adik yang mempunyai kelebihan tapi jikalau iktibar arnab berlumba dengan pelanduk maka faktor usia menjadik tidak releven untuk diberikan kelebihan kepada RAJA adik.

Apa yang berlaku diluar gelanggang perlumbaan lebih menarik kawe rasa ,kedua RAJA ini sudah tentu mempunyai hulubalang dan rakyat jelata masing masing dan sudah tentulah sang setia kepada RAJA tidak mahu melihat RAJA mereka tertiarap diseparuh perlumbaan TAPI mereka ingin melihat RAJA yang bukan menjadi kesetiaan mereka tertiarap.Kemungkinan sang setia kepada RAJA adik banyak melakukan strategi diluar gelanggang untuk memberi sokongan moral kepada RAJA mereka kerana yakin dengan kudrat RAJA adik yang lebih bertenaga untuk menghancurkan RAJA sulong didalam medan perlumbaan. Mungkin juga sang setia RAJA adik mengadakan komplot pakatan dengan pelumba  pasukan HIJAU untuk menjatuhkan RAJA sulong dialam medan untuk dilihat RAJA adik mendapat kemenangan yang bersih tiba digarisan penamat walaupun RAJA sulong tertunggeng di tengah jalan. Itu hanya satu andaian kemungkinan kawe sahaja.

Sang setia RAJA sulong juga bukan calang calang hulubalang dan pengikut yang dimiliki serta pengalaman yang ada kepada mereka adalah satu kelebihan .Rencana ddiluar gelanggang mereka juga hebat.Persepsi kawe kepada hulubalang sang setia RAJA sulong ini amat mudah bagi kawe kerana mereka sedar jika larian secara adil digelanggang sukar untuk dimenangi kerana faktor tenaga.Bantuan dari luar amat amat bermakna bagi RAJA sulong ini.Apakah  perancangan dari hulubalang Raja Sulong dari luar gelanggang nanti? Kawe tak tahu sebenarnya TAPI kawe ingin cadangkan supaya hulubalang ini menyediakan sebanyak mungkin nyior nyior kote nanti ...hahahahha.

Kawe ada bertanya seorang rakyat umno di Pasir Puteh RAJA manakah yang akan menjadik pilihan beliau untuk merafat sembah daulat nanti ....Kawe teruja dengan jawapan beliau bila dengan slumberland seperti lembu kenyang beliau berkata RAJA yang baik akan menjadi pilihan beliau.Kawe termenung dan merenung tepat dimata hitam beliau untuk mentafsirkan jawapan sebenar.

RAJA RAJA ZAMAN DAHULU SUKA MENYABUNG HAYAWAN HINGGA ADA KISAH YANG DIRIWAYATKAN NEGERI TERGADAI ....ADAKAH RAJA SEPERTI ITU JAHAT?? 






Tuesday, July 24, 2012

URUSAN RESMI




Kehadiran Datuk Sri Panglima Hj Lajim berjumpa YAB TGNA di Pejabat Menteri Besar Kelantan itu mempunyai 2 misi . Lawatan kerja secara resmi dibincang secara terbuka dan misi kedua dibincang secara sulit 6 mata diantara TGNA DSPHL dan DHM.

Saturday, July 21, 2012

SELEPAS ATAU SEBELUM?


Terpegun dan ternganga bila kawe membawa malaysiakini dengan tajuk Filem Rakam 13 Mei Bakal Cetus Kontroversi

Memang seorang pembikin filem akan mencari kontraversi untuk melariskan filem mereka untuk mendapat pulangan modal yang dilaburkan dan untung yang berganda yang dicari.

""Terdapat juga kain rentang yang digunakan dalam filem ini yang turut dipercayai boleh menimbulkan kontroversi seperti ''Melayu balik kampung'' dan ''darah dibalas dengan darah'' dalam bahasa Cina.
NONE
Tanda Putera memfokuskan tentang kepimpinan perdana menteri kedua Tun Razak Hussein dan timbalannya Tun Dr Ismail Abdul Rahman.

Filem yang menelan belanja sehingga RM4.8 juta ini sepatutnya ditayangkan pada 13 September ini. Bagaimanapun, penayangannya terpaksa ditangguhkan untuk suatu masa yang tidak pasti.
Menurut Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) penangguhan tayangan filem itu tiada kena mengena dengan bahang pilihan raya umum ke-13." Petikan dari Malaysiakini .









Kawe tidak mahu untuk tolong tambahkan kontroversi atau membantu melariskan lagi filem ini TAPI jika UMNO yang keluarkan modal untuk Filem ini disiapkan maka ianya satu pelaburan yang amat berbaloi sebagai mana UMNO laburkan sebanyak RM 2 Juta untuk pasukan bolasepak Kelantan di uruskan oleh Tan Sri Anuar Musa .

FILEM INI AKAN LEBIH MENARIK JIKA NAJWA ANAK DARA SUNTI TPM JUGA TURUT BERLAKON .

Sunday, July 15, 2012

CULIK BUDAK SEKOLAH


Hari ini kawe tersentak bila seorang sahabat kawe naik angin kerana pembinaan satu pagar ditepi jalan raya di Pasir Pekan ,kemarahan sahabat saya tersebut boleh dibaca dan disiarkan di Wall UMNOtumPAS anda semua boleh terus ke link DI SINI. Kemarahan sahabat kawe ini memang berasas kepada mereka yang tidak tahu cerita sebenar .

Kawe tahu cerita sebenar dan pertanyaan dari sahabat kawe yang berbunyi CERDIK atau BODOH itu dijawab dan disambut oleh satu lagi makhluk yang tidak mempunyai apa apa maklumat tapi hanya mahu ambil kesempatan diatas kepentingan politik ,sila baca disini DI SINI. Nampaknya kedua dua makhluk yang persoalkan pembinaan pagar ini mempunyai kepentingan peribadi masing masing dan mereka tidak pedulikan kepentingan UMUM yang lebih besar.

Kawe setuju sebagai benar bahawa penghadang jalan berpagar telah dibina untuk mengelakkan orang ramai melintas kerana ada terdapat jejantas untuk pejalan kaki melintas jalan dikawasan tersebut .Maknanya town planner bukan dari golongan cap ayam atau lulusan pusat serenti yang merangka untuk membina penghadang jalan setelah jejantas dibina . Disiplin seseorang manusia tidak boleh dibina seperti membina tembok atau jejantas mungkin itu yang difikirkan oleh mereka yang terlibat dalam pembinaan untuk menjaga keselamatan orang awam ini lebih lebih lagi pelajar pelajar sekolah yang menjadi pengguna utama jejantas tersebut.

Ya Ya ..Kawe tahu isunya bukan jejantas dan penghadang yang ditengah tengah jalan tersebut TAPI pagar oren yang sedang dalam proses pembinaan seperti dalam gambar diatas diseberang jalan sekolah tersebut.Bagi kawe jika terdapat kedai makan dihadapan pagar tersebut dan jika kedai makan tersebut tidak menyediakan ruang letak kereta untuk pelanggannya maka pembinaan pagar tersebut amat patut dan wajar kerana kereta para pelanggan parking ditepi jalan maka akan menyebabkan kesesakan lalulintas dijalan tersebut .Apakah tuan punya kedai mahu membayar saman semua pelangannya jika pihak polis menyaman kerana letak kereta ditepi jalan?Atau pemilik kedai makan tersebut akan menyumpah maki polis pula kerana bertindak untuk kurangkan kesesakan lalulintas dan menyebabkan jualan dikedainya berkurangan?

Ada jugak pihak yang akalnya mungkin tidak cukup sentimeter bila diukur mengatakan ini projek IT (Ikut Terlintas) atau projek terlebih peruntukan untuk menyokong kenyataan bahawa pihak pihak tertentu mahu menyekat peluang orang melayu untuk berniaga.Kawe syorkan kepada pihak pihak berkenaan membuat laporan polis dibalai polis berdekatan mengenai perkara pembinaan pagar ini ...hahahaha   ..Ops opss sabar dulu ..jangan cepat melatah untuk mengatakan kawe pula yang hilang akal kerana menyarakan suapaya membuat laporan polis kerana pembinaan pagar ini tiada kena mengena dan bukan kuasa polis untuk membinanya.

KESELAMATAN anak anak disekolah ISU utama yang kawe cuba bangkitkan disini ,kawasan yang ditandakan "arrow"" dalam gambar diatas adalah kawasan pejalan kaki bagi budak budak sekolah untuk menggunakan jejantas melintas jalan untuk pergi dan balik sekolah bagi pelajar pelajar sekolah setempat.Jaddik bila pagar berkenaan dibina maka keselematan pelajar pelajar sekolah ini lebih terjamin dari segi keselamatan dijalanraya ..hahahha ..Harap harap tiada yang kemukakan soalan bodoh untuk bertanya berapakah statistik kemalangan jalanraya yang berlaku dikalangan pelajar sekolah sebelum pagar tersebut dibina ,KERANA jika soalan tersebut datang kawe akan suruh ke balai polis sekali lagi .

KESELAMATAN..Kawe diberitahu sebentar tadi oleh seorang bapa kepada pelajar yang hampir hampir diculik dikawasan tersebut untuk menerangkan kenapa pagar tersebut perlu dibina setelah dibantah keras dalam Wall UT oleh pihak pihak yang mempunyai kepentingan sendiri.Mengikut yang diceritakan kepada kawe modus operandi penculik ini amat mudah sahaja ,mereka parking Van ditepi jalan tersebut dan menyeret pelajar kedalam van untuk dibawa lari mungkin seperti adegan adegan yang biasa kita tonton didalam wayang agaknya. Mengikut teman ini anaknya yang cuba diculik itu lelaki dan berjaya meloloskan diri. Jaddik jika ada pihak pihak yang ingin bertanya berapa ramai sudah yang diculik atau cuba diculik kawe syorkan ke kaunter pertanyaan di balai polis berhampiranlah.

NASIHAT KAWE KEPADA PIHAK PIHAK YANG TIDAK PUASHATI DENGAN PEMBINAAN PAGAR INI SUPAYA MENDAPATKAN MAKLUMAT TEPAT TERLEBIH DAHULU SEBELUM HENDAK MEMBERI CAP AYAM ATAU CAP ITIK KEPADA PIHAK LAIN .



Saturday, July 14, 2012

BUMIPUTRA BUGIS AKAN SELAMATKAN NAJIB DI SABAH

 I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone.


Sabah dan Sarawak akan menentukan Parti mana yang akan membentuk kerajaan selepas PRU  13 katanya banyak pihak .Kawe tidak tahu samada perkara tersebut benar atau tidak benar tapi orang yang paling berharap perkara tersebut adalah benar di Malaysia adalah pasangan suami isteri yang paling berkuasa di Malaysia pada hari ini.

Mari kita tengok apa yang ada di Sabah yang akan boleh membantu Daeng Mattimung dan isrerinya meneruskan kemegahan diri di bumi Malaysia ini ."Persatuan-Persatuan Bugis di Sabah sepertim PKBS, Bugis Sabah, Rumpun Melayu Bugis, Kecapi dan lain-lain. "" Bangsa Bugis dan Moro ini dibawa masuk ke Sabah oleh Tun M atau lebih dikenali sebagai projek IC di Sabah satu ketika dahulu. Bangsa Bugis di Semenanjung adalah dikategorikan sebagai Melayu sejati seperti Melayunya Daeng Mattimung TETAPI Bugis di Sabah tidak diktiraf sebagai Bumiputra oleh kerajaan Sabah.
  • "ada sikit perubahan stretegik Pas di SS ni. kalau dulu penggeraknya ustaz2 dan cikgu Malaya tetapi kini jatuh ke tangan anak2 Sabah dan Sarawak. Pas sendiri pun mendapat untuk drp hasil projek IC kerana puak2 bugis dan moro yang kuat agama banyak menyokong Pas
  • Pasti di Sabah majority di kendalikan oleh ahli2 Pas dari puak Bugis"

  • Tulisan diatas dikirimkan oleh seorang pengirim dari negeri di bawah bayu kepada kawe beberapa hari lalu .Daeng Mattimung mungkin berasa senang dengan tindakan Tun M dulu kerana kini Daeng Mattimung menuai hasilnya dari bangsa sendiri TAPI adakah Daeng Mattimung mengambil berat dengan bangsanya yang kuat taat kepada agama ini??

    • "Kematangan poitik anak2 sabahlah yang boleh merubah uklim politik Sabah. Lebig lagi UMNO berpecah kepada 2 iaitu Kem mSafie dan Musa. Budaya UMNO KL mereka ikut termasuk skandal Safir tu di katakan di promote Oleh grup Proi Musa
    • Penyakit tabur duit juga masih di amalkan. Orang kampung yang tidak berpendidikan akan sokong siapa yang hulur wang
    • 100 pun dah cukup tu"

    • Daeng Mattimung mungkin tiada masalah untuk menghulur RM 100 kepada rakyat Sabah dan kepada bangsa Bugisnya supaya menyokong beliau dalam PRU 13 nanti TAPI bila terdapat 2 kem yang perlu ditangani oleh Daeng Mattimung biasanya akan melibatkan bukan sedikit wang rakyat terpaksa dilaburkan untuk dinikmati oleh kedua dua kumpulan tersebut .
      "ada gerakan untuk menyekat pebgaruh Bugis ni terutama dari kem bajau seperti safie"


      Mungkin demam dan sukar nak kebah bila Daeng Mattimung membaca kenyataan diatas . Bila ada gerakan ini berlaku maknanya satu kumpulan dari 2 kumpulan tersebut secara terang sudah memaklumkan mereka sedang menolak Daeng Mattimung .Jikalau Daeng Mattimung terus membela bangsa Bugisnya maka boleh diistilahkan Daeng Mattimung mahu berperang dengan kumpulan yang satu lagi .


      "Bebarap bulan lepas Musa Aman nak lantik Hajjh Rosmawati yang di katakan kendok dia sebagai Pengarah YS tetapi batal apabila ada kelompok UMNO membantah sebab YS hanya untuk anak jati Saboh"
      Kenyataan diatas kelihatan menarik tetapi kepada kawe ianya satu keuntungan yang membawa kerugian kepada kedua dua pihak dalam kem tersebut.Kawe lebih suka melihat bagaimana kebijaksanaan Daeng Mattimung untuk pergunakan kelemahan  UMNO sabah ini untuk perkuatkan dirinya kerana satu kenyataan lagi dibawah ini akan memberi sedikit cahaya di hujung terowong Daeng Mattimung ini bersinar .
       Totaly ada harapan. Maslah dalam PKR yang berebut puck pimpinan anatar puak peribumi Islam dan Kristian menyebab peluang sedikit kendur. Jefry yang tak terpilih join parti Sarawak Kita yang pro BN. Kerana tak tak terpilih sebagai Ketua PKR Sabah dia sabotaj dengfan sokong KITa
      Hahahaha....Kejutan besar akan berlaku di Sabah kata Ketua Umum PKR ....Apakata Daeng Mattimung pulak?? 




                                                                     

GADIS MISTERI







Wednesday, July 11, 2012

TAMRIN TAK PERLU MASUK PAS


Ada desas desus mengatakan anak kepada bekas Timbalan Perdana Menterri merangkap bekas Timbalan Presiden UMNO ini akan menyertai parti PAS dalam masa yang terdekat ini.Dikatakan Tamrin sudah mendapat surat tunjuk sebab dari Tengku Adnan berkenan sikap beliau yang menyelar UMNO diatas pentas pembangkang secara giat sekarang ini.Sekarang ini boleh dikatakan setiap minggu Tamrin ke kelantan bagi memenuhi undangan ceramah diatas pentas PAS atau PKR dalam siri siri ceramah yang dijalankan.

Beberapa hari yang lalu  kawe berpeluang untuk berjumpa dengan Tamrin selepas beliau selesai mengahdirkan diri dalam satu program ceramah di Ketereh. Dalam perbualan bersama beliau dan beberapa kenalan lain maka timbul persoalan yang beliau akan menyertai parti PAS.Kawe menyatakan ketidaksetujuan kawe untuk beliau menyertai parti PAS dalam waktu terdekat TAPI sayang kawe tidak dapat menjelas panjang lebar kenapa kawe tidak bersetuju untuk beliau menyertai buat masa kerana beliau mengantuk dan terpaksa tidur awal untuk bangun awal pagi esok dan pulang ke Kuala Lumpur .

Disni kawe akan coretkan kenapa kawe tidak bersetuju untuk tokoh ini menyertai PAS dan waktu terdekat.Pertama sekali adalah dari sudut keperluan?? Adakah Tamrin memerlukan PAS dan PAS memerlukan Tamrin? Dalam kedua dua keadaan ini kawe tidak melihat kedua dua pihak memerlukan diantara satu sama lain.Tamrin tidak perlu menyertai PAS untuk beliau menyatakan kebobrokan yang berlaku dalam UMNO kerana hari ini pun PAS sudah memberi peluang yang luas atas pentas PAS mendedahkan segala penyelewengan UMNO terdedah kepada rakyat umum.Jika keadaan ini berterusan maka akan lebih nampak KEIKHLASAN Tamrin membongkar kemungkaran UMNO terhadap rakyat Malaysia .Jika Tamrin sertai PAS maka persepsi akan dibentuk bahawa Tamrin membuat tuduhan kepada UMNO kerana beliau seorang ahli PAS dan rakyat melihat ini satu perkara yang biasa sahaja.

Persoalan yang tidak sempat kawe tanya Tamrin pada malam itu adalah kenapa beliau mahu menyertai PAS?? Tapi walaupun apa jawapan yang beliau berikan nanti kawe kira itu adalah HAK beliau untuk memilih mana mana parti yang beliau mahu . Disini kawe hanya mahu nyatakan pandangan dari sudut keperluan sahaja .Tamrin pada kawe sudah layak digelarkan sebagai veteran dalam UMNO maknanya bila sudah digelarkan veteren maka sudah tidak lagi bergiat secara cergas atau tenaga beliau sudah tidak diperlukan sangat oleh UMNO untuk menongkah arus masa depan parti tersebut .Apakah PAS mahu golongan yang hampir tidak dipandang langsung oleh UMNO ini diambil untuk dijadikan pejuang dibarisan hadapan PAS? hahaahha..Kawe serahkan kepada mereka yang diluar sana untuk jawab...

Dari sudut keperluan juga kawe ingin bertanya kepada Tamrin dan seluruh rakyat Melaka ...Adakah dengan hijrahnya Tamrin ke PAS maka PAS akan sapu bersih semua kerusi DUN nanti dalam PRU 13 dan memungkinkan Tamrin akan dilantik sebagai Ketua Menteri mengantikan Ketua Menteri sekolah mengandung sekarang ini? Jika perkara tersebut ada 70% kemungkinan akan berlaku maka kawe setuju Tamrin berhijrah ke PAS dan kawe menuntut pihak PAS sediakan satu kerusi kepada beliau di Melaka dalam PRU 13 nanti.Untuk pengetahuan semua juga Melaka adalah negeri yang paling selamat bagi BN dalam PRU 13 nanti.

Pada kawe tidak menjadi satu keperluan jika Tamrin masuk PAS semata mata kerana ingin memenuhi keperluan HARAKAH untuk memenuhi ruangan muka depannya bahawa dengan tajuk " Anak bekas TPM sertai PAS' lariskah jualan harakah dengan berita tersebut? hahahaha

TAMRIN MASIH DIPERLUKAN DALAM UMNO BAGI RAKYAT MALAYSIA YANG MAHU MELIHAT UMNO KECUNDANGAN DALAM PRU 13 NANTI


Tuesday, July 10, 2012

ROYALTI


Hampir 2 tahun yang lalu kawe ada mencatatkan mengenai CERITA ROYALTI diblog ini ketika rombongan Kerajaan negeri Kelantan menfailkan saman terhadap petronas.Pilihan Kerajaan Negeri membawa tuntutan ini bukanlah pilihan yang kawe persetujui sebagai rakyat kelantan tetapi sebuah kerajaan haruslah berfikir sebagai sebuah Kerajaan bukan sebagai seorang rakyat seperti kawe .

Kini setelah bertahun tahun berlalu dan proses dimahkamah sedang berjalan mengikut peraturan peraturan yang tertentu.Ada pihak yang berasa amat gembira bila Kerajaan Negeri Kelantan membawa perkara ini ke mahkamah kerana bila berada dalam mahkamah maka hiruk pikuk rakyat Kelate mengenai perkara ini akan menjadi reda dari diperbualkan atau diperkatakan.Maka bertenanglah pihak berkenaan selama tempoh hingga keputusan mahkamah dibuat mungkin itulah harapan pihak berkenaan.

Apa yang mungkin  tidak pernah terfikir oleh pihak yang berkenaan adalah bahawa rakyat Kelate tidak boleh mengikut kehendak mereka untuk ditutup segala mulut dan dihilangkan segala perasaan hanya dengan alasan kes telah di bawa ke mahkamah.Selama lebih kurang 2 tahun rakyat Kelantan tidak riuhkan diri mengenai isu ROYALTI ini ,kadang kadang kawe keciwa dengan sikap rakyat kelantan terima bulat bulat cara penyelesaian melalui mahkamah ini.

Ore Kelate terkenal dengan sikap mendaulatkan Raja ,baru baru ini bakal Kebawah Duli Yang Di Pertuan Agong telah bertitah didalam perasmian sidang DUN Negeri Kelantan mengenai pendaratan gas di Bachok.Titah baginda Tuanku ini memberi impak yang amat besar kepada seluruh rakyat Kelantan yang setia menjujung titah Sultan.Kini riuhrendah semula dibumi Kelantan ini rakyatnya berkecek mengenai ROYALTI ini.Faktor titah baginda Tuanku sultan bolehlah dikatakan sebab utama rakyat Kelantan kembali ceria dan bersemangat untuk melihat cahaya dihujung terowong dalam menaruh harapan .

Dalam sudut pandangan lain kawe ingin melihat dari perspektif PRU 13 yang hampir tamat tempoh usia tapi tarikh masih mejadi misteri.Bila menyebut PRU satu perkara yang sememangnya tidak dapat dipishkan adalah POLITIK. Mungkin ramai diluar sana tidak bersetuju  dengan kawe bila kawe kaitkan ROYALTI ini dengan politik .Samada suka atau tidak ianya tidak dapat menahan pandangan kawe terus dilontar keluar walaupun kuasa untuk menelan atau memuntahkan itu milik anda.Pada kawe 2 isu tempatan utama di Kelantan akan mempengaruhi para pengundi dalam PRU 13 nanti . Isu pertama adalah ROYALTI dan isu kedua adalah AIR manakala faktor API dan ANGIN juga memainkan peranan tertentu .

Pilihan kawe dalam coretan ini adalah mengenai ROYALTI ,umum mengetahui ROYALTI ini akan memberi banyak manfaat kepada rakyat negeri Kelantan dan kerajaan yang memerintah jika bayaran dibuat spertimana yang dijanjikan.Apa yang berlaku di Terengganu satu ketika dahulu bukan lagi rahsia bila ROYALTI ditukarkan kepada WANG EHSAN bila parti yang memerintah bertukar tangan. Tetapi apa yang berlaku di Kelantan ini berbeza sedikit kerana ROYALTI belum pernah lagi dibayar tetapi WANG EHSAN diberi melalui UMNO yang menjadi pembangkang di Kelantan oleh kerajaan BN di pusat.Ada pihak mendakwa inilah wang ROYALTI yang diberi kepada rakyat Kelantan tetapi terpaksa ditukar nama kepada WANG EHSAN kerana untuk menghalalkan UMNO sebagai pihak yang membuat agihan dengan EHSAN kerajaan BN kepada UMNO di Kelantan. Pendirian kawe adalah tidak mengiktiraf ini sebagai ROYALTI kepada Negeri Kelantan dan kawe mentafsirkan ROYALTI ini tidak pernah dibayar satu sen pun kepada rakyat Kelantan yang berkebetulan masih dalam perbicaraan mahkamah.

Kawe dengan ini secara resminya ingin menghasut seluruh rakyat Kelantan bahawa ROYALTI tidak pernah dibayar satu sen pun kepada rakyat kelantan oleh pihak kerajaan pusat atas sebab bukan BN yang menjadi kerajaan di negeri kelantan.Kawe juga ingin menghasut rakyat Kelantan bahawa Wang EHSAN yang diberikan oleh kerajaan pusat kepada UMNO di Kelantan itu bertujuan untuk memberitahu kepada rakyat Kelantan bahawa jika mahu ROYALTI maka pilihlah BN dalam PRU 13 nanti dan kawe menyeru supaya rakyat kelantan menolak tawaran kezaliman ini.Kawe tidak mahu mengulas mengenai gerakan sebuah NGO R yang giat membangkitkan semnagat rakyat kelantan hari ini dalam menuntut ROYALTI. 

Kawe lebih berminat perebutan UMNO dan PAS dalam memenangi hati rakyat Kelantan dalam PRU 13 nanti mengenai isu ROYALTI minyak ini.Dalam satu keadaan kelihatan pihak PAS sudah hampir tewas kerana perkara ini telah dibawa ke mahkamah. Jaddik UMNO berjaya meredakan kemarahan hati rakyat kelantan dengan alasan tunggu keputusan mahkamah.Kawe ada berkecek dengan beberapa pemimpin berpengaruh UMNO di Kelate tak lama dahulu dan dengan terang kawe kata kepada mereka bahawa jika UMNO mahu menang di Kelamtan maka ROYALTI perlu diberi mengikut seperti apa yang termaktub dalam perjanjian. Respon mereka kepada kawe dengan pelbagai jawapan untuk menyedapkan hati mereka dan membuat kawe lebih BENCI akan kekejaman UMNO kepada rakyat Kelate.

Dari sumber sumber yang boleh dipercayai mengatakan dalam masa terdekat ini Kerajaan BN akan mengumumkan ''ROYALTI'' atau ""WANG EHSAN"" kepada rakyat kelantan sebanyak RM 500 juta.Sumber ini juga mengatakan bahawa pihak Kerajaan Persekutuan tidak akan memberi jumlah wang kepada pihak kerajaan Kelantan seperti dalam perjanjian ROYALTI . Maknanya ini bukan wang ROYALTI tetapi WANG EHSAN kerajaan BN kepada ''RAKYAT"" Kelantan. Sebab kenapa kawe menggunakan perkataan kepada "" RAKYAT"" bukan kepada UMNO adalah kerana menurut sumber ini juga bahawa JPP tidak lagi digunakan untuk menyalurkan wang ini kepada rakyat Kelantan TETAPI akan ditubuhkan satu badan khas yang mungkin dianggotai oleh pihak parti Kerajaan dan parti Pembangkang serta badan badan tertentu kerajaan serta mungkin juga kerabat kerabat istana akan terlibat dalam jawatankuasa khas pengagihan wang ini kepada Rakyat kelantan. Itu khabanya yang bertiup yang sebenarnya perlulah pengumuman dari pihak yang bertanggunjawab.

Jikalau perkara ini benar benar berlaku maka yang untung adalah Rakyat Kelantan dan yang rugi adalah kerajaan BN hahahaha..Apakah sebodoh itu kerajaan BN ingin rugi seperti hak kawe kata??? ohhh tidak mereka memang terlalu licik menipu rakyat Malaysia selama 54 tahun yang lalu.Secara jujurnya akan kelihatan kerajaan BN ini amat baik hati diwaktu dekat dekat PRU kerana walaupun kes ini masih dalam mahkamah yang menyebabkan kerajaan BN tidak boleh membayar ROYALTI kepada Kelate yang sedang menunggu keputusan mahkamah.Tapi dengan kebaikan kerajaan rakyat didahulukan oleh PM Najib maka wang ini diberi juga walaupun cara perlaksaan pembayaran tidak dapat mengikut proses yang biasa. Wahhhh nampaknya kerajaan PAS terkena pukulan KO dengan permainan politik BN ini. 

RM 500juta dibahagikan dengan 14 Parlimen di kelantan ,anda boleh mula mengira berapa jumlah setiap Ketua bahagian UMNO akan dapat wang ehsan ini?? Hahaahha itu tuduhan berniat jahat kawe terhadap pemimpin UMNO mungkin tetapi kebanyakan rakyat kelate sudah tahu sejarah Mereka .

APAKAH UPAYA PIHAK PAS UNTUK MENGEKALKAN RAKYAT KELANTAN BERSAMA MEREKA KALI INI??? ...MASIH TAK SEDARKAH UMNO BAHAWA MARUAH ORE KELATE TIDAK BOLEH DIBELI DENGAN WANG RINGGIT??? ..WAHAI RAKYAT KELATE KEMANA KAMU???