Tuesday, August 9, 2011

PATUH AGAMA SAHAJA


Berada di negeri Kelate adalah satu impian bagi setiap anak negeri ini tidak ketinggalan juga kawe sebagai anak negeri yang lahir dan dibesarkan ditanah Kelate ini.Apa yang kawe kekurangan adalah menjalani proses kehidupan selepas dibesarkan .Kini kawe berpeluang untuk merasai nikmat hidup di kelate ini .Setiap kehidupan itu akan mempunyai rahsia yang tersendiri yang perlu diterokai dan diharungi.

Pola menjalani kehidupan di kelate ini mempunyai beberapa kategori seperti tempat tempat lain didunia ini.Golongan remaja ,dewasa dan golongan tua.Masyarakat di bandar ,pinggir bandar dan kampung. Ketiga tiga kategori ini dan ketiga tiga topo kehidupan ini membentuk satu masyarakat yang UNIK dengan gaya pemikiran yang berbeza beza dari segi pemikiran politik.

Kali ini kawe ingin mengarut mengenai golongan tua dan pemikiran politik mereka dan apa yang mempengaruhi aliran politik mereka.Siapakah mereka golongan golongan tua ini ,mereka ini terdiri dari pegawai pegawai kerajaan yang pencen jika berkhidmat dengan kerajaan ,mereka ini adalah pekerja pekerja swasta sudah tidak bekerja atau yang masih bekerja ,mereka ini adalah petani petani atau peniaga peniaga kedai runcit kecilan dikampung kampung.Mereka inilah yang memenuhi kariah masjid dikampung kampung atau di bandar .

Golongan ini memilih masjid adalah untuk mencari bekalan diakhirat setelah bekalan hidup didunia sudah tamat tempoh usia pencarian mereka .Apa yang mereka lalui semasa berkhidmat dengan pihak kerajaan dan jika ada kepincangan yang mereka lakukan inilah peluang untuk mereka mohon ampun dengan sang PENCIPTA dengan usia yang berbaki tidak banyak ini.

Dalam perbualan kawe dengan rakan sebaya yang kuat pegangan UMNO nya ,kawe bertanya macam mana harapan UMNO dalam PRU 13 ini dikawasan kampung kampung di kelate . Dengan selamba beliau jawab kepada kawe ''SAKIT". Jawapan yang bersahaja ini membuat kawe teruja ingin tahu apakah penyakit sebenarnya yang dialami oleh UMNO di Kelate ini.

Sahabat kawe mengambil kira senario yang berlaku dikampungnya di sebuah daerah di kelantan . Katanya 20 tahun dahulu hanya ada 2 rumah sahaja yang dikenal pasti sebagai penyokong tegar PAS tapi kini hanya tinggal 2 buah rumah sahaja yang pasti menjadi penyokong tegar UMNO.Pembaca diluar sana jangan terkejut dan jangan gaduh nak kata kawe menipu kerana kawe menceritakan apa yang diceritakan kepada kawe oleh orang lain .Pada mulanya kawe tidak percaya dengan cerita ini jikalau yang mencerita ini orang PAS ,tetapi bila yang menceritakan ini adalah ahli dari salah sebuah rumah tinggal 2 buah rumah penyokong UMNO tegar itu membuat kawe lebih minat untuk tahu apa sebabnya.

Menjawab soalan kawe ,apakah kelebihan yang PAS miliki sehinggakan dapat ''membalikkan'' sokongan satu kampung kepada mereka itu. Dengan selamba sahabat kawe ini berkata ''MASJID'' dan ''KEDAI KOPI'' .Termenung dan termanggu kawe dalam mencari jawapan kepada jawapan yang diberikan oleh sahabat kawe ini.Dalam penjelasan lanjutnya beliau mengambil contoh seorang Cikgu yang bersara. Cikgu bersara ini akan menghabiskan sisa sisa tua mereka di masjid dan akan berjumpa kawan kawan baru di masjid kampung tersebut.Anda diluar sana mungkin boleh meneka siapa dan golongan/puak parti mana yang mengimarahkan masjid dikampung kampung.

Kebiasaan kepada orang orang tua dikampung2 di bumi Kelate ini bila selesai menjalankan ibadah di surau atau masjid mereka akan membasahkan tekak dikedai kedai kopi sebelum pulang kerumah.Cikgu bersara yang baru pulang ke kampung ini akan terikut ikut dengan budaya ini .Apa yang orang tua berbual dikampung kebiasaannya tidak membincangkan kelab dangdut mana yang mempunyai GRO muda muda,pusat karokae mana yang mempunyai ''sound system'' yang bagus.Tetapi mereka akan berbual bual santai mengenai politik negara dan isu isu hangat yang mereka tonton di TV.

Kebiasaannya menjadi amalan parti PAS mengadakan ceramah penerangan sepanjang musim dikampung kampung dari pelbagai kategori penceramah yang mereka miliki.Setelah cikgu bersara ini sudah miliki sahabat masjid dan kedai kopi maka ajakan teman untuk sama sama mendengar ceramah PAS selepas bersara dari jawatan kerajaan bukanlah salah atau melanggar apa apa peraturan lagi kepada mereka.Akhirnya setelah 2 atau 3 kali mengikuti siri ceramah PAS ini dan mungkin kerana setuju angin dan seleranya mengenai apa yang dipertuturkan oleh penceramah2 PAS akan menyebabkan cikgu bersara ini pada waktu yang lain akan mempelawa sahabat surau dan kedai kopinya menaiki keretanya untuk hadir mendengar ceramah PAS. Bila keadaan berlaku tandanya seluruh keluarga cikgu tersebut telah menjadi penyokong PAS cerita sahabat kawe dengan nada yang keciwa.

Melanjutkan lagi cerita sahabat kawe ini beliau sentuh mengenai BEKWOH atau dalam bahasa malaysia standardnya majlis kenduri kahwin di kampung . Umum mengetahui bahawa masyarakat kampung tidak memerlukan katering untuk menyajikan makanan dalam majlis mereka. Hanya cukup dengan anak beranak dan jiran jiran kampung bergotong royong untuk menyediakan apa apa yang patut ditolong dan majlis BEKWOH ini.Dalam hal ini juga sahabat kawe ini amat keciwa dengan sikap YB PAS dikawasannya kerana menurut beliau YB ini akan menngunjungi tuan rumah yang mengadakan BEKWOH tersebut sehari sebelum majlis sebenar diadakan.Pertanyaan yang YB tersebut ajukan kepada tuan rumah adalah ''Apa lagi yang tak cukup"" Jika jawapan tuan rumah menjawab kelapa lagi belum ada maka dengan tidak perlu diminta apa apa YB ini akan menguruskan penghantaran kelapa kepada tuan rumah tersebut.

KEMATIAN adalah satu perkara yang perlu dihadapi dan ditakuti oleh semua mahkluk yang bernyawa.Dalam hal ini juga sahabat kawe bercerita mengenai tabiat orang PAS di kampung beliau bila berlakunya kematian . Dari sembahyang mayat hingga ke liang lahat diceritakan oleh sahabat kawe ini dengan nada yang kesal terhadap parti yang disanjunginya. Kata beliau kadang kadang orang PAS ini pandai mengambil kesempatan dimata orang ramai secara tidak langsung .Soal sembahyang mayat dan mengurus jenazah mereka akan meletakkan diri mereka didepan dalam segala halnya.Begitu juga semasa diliang lahat dan kadang kadang ustaz ustaz PAS ini mungkin secara ihklas atau secara bergurau atau secara sengaja untuk menjatuhkan air muka orang orang UMNO bilamana dengan selamba didepan orang ramai ditanah perkuburan akan mengajukan supaya pemimpin pemimpin umno dari kampung berkenaan untuk membaca TALKIN kepada simati.Bila keadaan berlaku pemimpin kampung umno ini akan menolak semula kepada orang PAS tersebut untuk membaca dan menyelesaikannya. Samada pembaca diluar sana ingin mengatakan orang PAS ini ikhlas atau sengaja hendak memalukan orang UMNO terpulanglah kepada pandangan masing masing . Tapi dari segi politiknya mereka sudah dapat sedikit kelebihan dimata orang ramai.

Pada PRU 12 yang lalu menurut cerita sahabat kawe ini terdapat satu rumah didalam sebuah kampung yang terkenal ketua keluarga tersebut sangat aktif dalam umno TETAPI dalam PRU 12 seorang anaknya yang tinggal di Kuala Lumpur kembali ke kampung untuk mengundi dan meminta satu permintaan kepada bapanya. Kata anak tersebut kepada bapanya selama ini dia tidak pernah meminta apa apa dari bapanya selain dengan apa yang disediakan oleh bapanya dari kecil sehingga pandai cari makan sendiri . Permintaan beliau yang kali pertama ini adalah supaya kedua dua ibubapanya mengundi PAS .Hahaha ..kawe gelak tetapi sahabat kawe mengelengkan kepala dan berkata UMNO tidak boleh buat apa apa tentang perkara yang beliau ceritakan ini ,hanya boleh merelakan sahaja perkara yang berlaku didepan mata.

Bila mendengar kisah sahabat kawe ini berkenaan orang PAS dan orang UMNO dikampung beliau ,kawe teringat satu kisah zaman dulu dulu disebuah kampung juga. Dua orang yang bersahabat baik tetapi satu orang pemimpin PAS dalam kampung dan seorang pemimpin UMNO. Kampung tersebut memang terkenal kubu kuat PAS ,tetapi kedua dua sahabat baik yang berlainan parti ini ingin bantu membantu diantara satu sama lain.Si UMNO ini perlu membuktikan belaiu ada wibawa untuk menawan kubu PAS itu jikalau beliau yang dilantik jaddik ketua . Zaman dulu dikampung2 pemimpin umno kampung akan rasa bangga jika majlis yang dibuatnya/dianjurnya mendapat sambutan ramai dari penduduk kampung lebih lebih lagi jikalau ada ''orang atas'' (orang besar dalam parti) datang ke majlis tersebut. Jaddik bila sahabat yang umno ini handak mengadakan apa apa majlis maka beliau akan minta tolong sahabat PAS ini supaya mengerahkan orang kampung untuk meramaikan majlis beliau . Jaddik bila ''orang atas'' datang serta melihat sambutan yang amat ramai dan tidak pernah berlaku maka segala peruntukkan yang diminta oleh pemimpin umno yang tiada pengikut ini senang diluluskan dan yang mendapat manfaatnya adalah orang orang kampung tersebut. Samada politik sebegini masih berlaku atau tidak dikampung2 negeri kelantan kawe tidaklah pasti.

Jika BiniNajib berhasrat hendak merampas kelantan dari PAS ,eloklah nasihatkan kepada suaminya supaya belajar membaca talkin untuk simati, eloklah belajar kukur nyior bagi majlis BEKWOH,eloklah belajar menjadi kepala ngatib dimajlis tahlil.Begitu juga buanglah birokrasi meminta ic bapa dan status parti bapa untuk memberi bantuan kepada anak anak kampung untuk bersekolah.


No comments: