Wednesday, August 3, 2011

POLITIK ''TAHIK ITIK''

Juadah berbuka puasa yang dijual di pasar Ramadan di perkarangan Stadium Sultan Mohamad ke-4.


Hari kedua puasa tahun ni dan sasaran kawe untuk cari juadah berbuka adalah di Pasar Ramadan di perkarangan stadium Sultan Mohamad ke -4 di Kota Bharu.Berpuluh gerai dan beratus jenis juadah makan yang dijual oleh peniaga peniaga disini.

Juadah pilihan kawe kali ini adalah ''Tahik Itik" ,kuih tradisional Kelate ini sebenarnya bukanlah kegemaran kawe jika nak di bandingkan dengan tuppat sotong .Tapi selera kawe memilih ''Tahik Itik'' adalah kerana wujudnya GERAM didalam jiwa.Perlu dijelaskan di Kelate ini ada tahi itik yang bermusim dan tahi itik yang tidak bermusim.Tahi itik yang bermusim HALAL di makan dan tahi itik yang satu lagi itu HARAM dimakan sepanjang zaman .

Kawe tidak tahu asal usul kuih ini TAPI pada kawe simbolik kreatif memilih nama Tahi itik adalah satu kesedaran yang amat mendalam kepada yang mencipta nama kuih ini walaupun ia akan menjadi loya tekak untuk ditelan jika dikenangkan akan namanya.Tapi bila direnung akan rupa bentuk kuih ini maka hati akan berkata ya ..itulah tahi itik. Setelah dimakan dan dinikmati sekali lagi hati akan berkata ..ya..tahi itik memang sedap.Begitulah hebatnya orang dulu dulu dalam memikirkan sesuatu untuk masa hadapan .Jangkaan mengatakan tahi itik akan diminati oleh ramai orang suatu ketika nanti untuk dimakan  dan inisiatif dibuat untuk memboleh tahi itik yang HARAM di makan. Dengan mencipta satu kuih yang enak dimakan kerana kesukaan manusia kepada tahi itik.Orang kelate sudah lama maklum dan faham bahawa sepanjang masa/musim tahik itik adalah haram dimakan dan amat busuk untuk didekati sambil bermain main dengannya.Tetapi ada musim tahi itik boleh dimakan dan amat lazat dan enak untuk dimakan.Dalam pengertian yang lain bolehlah kawe katakan bahawa ore Kelate amat bijak memilih sesuatu perkara itu mengenai buruk dan baik,pandai memilih busuk dan harum untuk jalani kehidupan mereka.

Diatas dasar kesedaran dan keinsafan inilah yang membuat hati kawe memilih tahik itik sebagai juadah berbuka puasa hari ini.Mungkin ada pembaca diluar sana berasa amat jijik dengan perbandingan yang kawe ulas kali ini iaitu makanan dan tahik.Keperdulian kawe kepada pembawa diluar adalah amat kecil peratusannya kerana kawe menulis bukan kerana nama untuk disanjung dan diminati TETAPI menulis sebagai kesukaan yang suka suka tanpa sebarang manfaat kepada orang lain .

Tahik itik sekarang ini sudah diminati oleh semua orang dalam malaysia ianya tidak lagi terhad kepada orang Kelantan sahaja. Semua peringkat dan golongan sudah mula meminati tahik itik ini.Amat MALANG sekali sekarang ini apabila orang politik juga sudah menggilai tahi itik ini.

Kini dunia politik Malaysia sudah menjadi ''POLITIK TAHIK ITIK'' busuk dan mual baunya pelaku pelaku politik di Malaysia masa kini.Keriuhan terbaru menjelang musim pilihanraya yang bakal tiba adalah mengenai taraf kewarganegaraan rakyat asing yang didakwa oleh pelbagai pihak amat membimbangkan kebanjiran yang dianugerahkan oleh pihak berkuasa berkenaan.

Sebulan yang lalu keriuahan juga berlaku dalam negara kita kerana BERSIH . Baju yang dipersoalkan oleh pihak berkuasa .Baju yang berwarna kuning yang dipersalahkan ,si pemakai akan ditangkap kerana memakai baju yang berwarna haram pada sisi undang undang pihak berkuasa.Orang politik kini sudah mula mencari konsep tahik itik yang halal yang dipelopori oleh ore kelantan dalam kekreatifan mencipta makanan.Orang politik cuba untuk mencipta sesuatu yang baru yang akan membolehkan tindakan mereka menjadi semua halal dan suci.

Jika orang politik cuba untuk bermain dengan ''POLITIK TAHIK ITIK '' ini mereka perlu peka dan berpandangan jauh dalam bertindak serta patut berfikir secara mendalam mengenai apa yang mereka ingin sajikan kepada rakyat Malaysia.Mereka harus belajar dan tahu mana satu tahik itik yang enak dimakan dan tahik itik yang tak lalu ditelan.Kalau politik tahik itik hendak ditarikan MAKA seni tahik itik perlu dipelajari dan dihayati ,kena faham jarak masa tahik itik cair beransur menjadi keras. Jika seni tahik itik ini tidak difahami tetapi masih rasa hebat untuk menari dicelah celah tompokan tahik itik .Dirisaukan langkah tarian yang sumbang dari penari penari politik ini terpijak tahik itik cair yang membawa kegagalan mengawal imbangan badan yang memungkin rebah tersemban muka diatas tompokan tahik itik tersebut.

Pada Najib jangan terlalu mengharap sangat kepada Rosmah untuk menyediakan hidangan tahik itik ini. Amat besar kesannya jika Rosmah silap memilih tahik itik untuk hidangan sajian  NAJIB. Umum mengetahui prihatinnya sifat Najib dalam ''RAKYAT DIDAHULUKAN'' .Rakyat akan membaling semula tahik tahik itik ke muka Najib bersama sama dengan bekas bekas mahal yang disediakan oleh Rosmah itu.Mungkin Najib jujur dalam tindakannya kerana terus menghidangkan tahik itik yang disediakan oleh Rosmah tanpa dicuba dulu samada tahik itik itu enak atau busuk.ATAU mungkin juga Najib tak lalu nak telan tahik itik hidangan Rosmah TAPI apakan daya itu sahaja hidangan yang beliau ada untuk dipersembahkan kepada rakyat jelata.



Post a Comment