Monday, August 1, 2011

UMNO tumPAS

                                                                  GROUP UMNO tumPAS

Laman mukabuku kini menjadi satu wadah perjuangan pelbagai perkara dari segenap sudut pemikiran yang dianggotai oleh pelbagai peringkat serta taburan pola pendapatan yang berbeza didalam masyarakat.Sebuah Group yang dikenali UMNO tumPAS yang di ilhamkan oleh Tuan Haji Mohd Soberi Shafii beberapa bulan lalu .Pada awal penubuhan group dalam mukabuku ini hanya beberapa orang sahabat rapat Soberi sahaja yang berbual secara santai sahaja.,Kini bilangan ahli yang meanggotai group ini hampir mencecah 500 orang .

Apakah keistimewaan group ini yang sebenar? Apakah tujuan dan matlamat group ini ditubuhkan? Kemanakah halatuju group ini? Apakah yang group ini perjuangkan? Untuk mengetahui semua persoalan yang kawe timbulkan itu pembaca diluar sana boleh berkunjung ke group UMNO tumPAS untuk menyertai mereka.Tiada apa apa bayaran yang dikenakan kecuali bil interenet yang bil api yang terpaksa ditanggung sendiri.

Keistimewaan mustajab group ini adalah ianya terdiri daripada pelbagai manusia yang mempunyai pelbagai pandangan mengenai aliran politik negara kita .Mereka terdiri dari ahli PAS,UMNO,PKR yang diwajahi oleh pelbagai kategori samada dari golongan wakil wakil rakyat dalam negara kita.Dari golongan kakitangan kerajaan,dari golongan veteran veteren politik dalam negara kita,dari kelompok kelompok profesional dalam negara kita,dari golongan usahawan usahawan dalam negara,dari blogger blogger tersohor dalam negara kita,dari wartawan wartwan akhbar dalam negara kita,dari golongan golongan pekerja swasta dalam negara kita sehingga kepada golongan pemetik buah anggur dalam negara kita.

Mereka berkumpul didalam group ini untuk bermesra,bertukar tukar  pandangan ,berbincang ,bermesyuarah ,berjemak kira,berbahas mengenai isu isu politik semasa didalam negara kita Malaysia.Apa yang menarik adalah  bila  satu IDEA yang dilontarkan dalam forum group UMNOtumPAS ini.Maka kita akan dapati pandangan dari setiap golongan masyarakat tanpa ada sempadan kedudukan pangkat dan jawatan yang disandang.Group ini tidak meraikan mereka yang mempunyai jawatan besar atau pangkat tinggi yang mereka ada.Group ini hanya menghargai pandangan,idea,buah fikiran yang mereka ada.Samada buah fikiran bernas atau tidak BUKAN lah menjadi syarat utama untuk sama sama menyertai menjadi ahli Group ini.

Setiap ahli diberi sebebas bebas peluang untuk bersuara dan menyatakan pendapat dan pandangan mereka tanpa ada apa apa peraturan yang membatasi kreativiti atau kegeligaan otak mereka untuk berfikir.

Pada kawe yang paling menarik adalah terdapat beberapa kelompok ahli yang boleh ditafsikan sebagai non partisan dalam diri mereka.Golongan ini akan tebas dan takir semua pihak yang tidak bersesuaian atau tidak setuju angin dengan pemikiran mereka.Bahkan telah beberapa kali YB yang terdapat didalam group ini dihandas dengan hujah hujah yang berfakta .Golongan non Partisan ini bolehlah dikatakan jaguh didalam group ini walaupun sifat mereka itu seperti lalang yang akan condong kepada satu satu pihak mengikut arah tiupan angin yang datang menyentuh batang halus mereka.

Terdapat juga ahli group ini yang TOTOK PAS atau TOTOK UMNO dalam pembawakan diri mereka berforum.Bila bertembungan dua pihak berlaku ianya menjadi agak menarik serta mendatangkan sedikit kehangatan kepada perbincangan sesuatu topik yang dibahaskan. Segala FAKTA akan keluar ,tidak kurang juga AUTA yang berlari dulu atau kecaman yang di MUNTAH kan dulu .Pihak mana yang kalah atau pihak mana yang menang bukanlah objektif utama yang digarapkan dari berforum disini.Cetusan IDEA yang dicari,sahabat dan taulan yang diseru untuk dipertautkan dalam ikatan silaturahim secara maya.

Selain persahabatan secara maya mereka juga berakviti dalam dunia nyata diluar sana. Perjumpaan dikalangan ahli group ini sudah banyak kali berlaku samada di Kuala Lumpur atau di Kota Bharu.Mungkin agak terlalu awal jika kawe mengatakan suatu hari group ini akan menjadi pemangkin kepada satu suasana budaya politik baru di malaysia.APAKAH BUDAYA POLITIK BARU YANG KAWE MAKSUDKAN ITU?

Belia belia muda yang bakal mengantikan kepimpinan negara dimasa depan perlu berubah atau disuntik kedalam diri mereka budaya politik baru ini .Gaya politik yang diwarisi oleh golongan yang berkuasa sekarang ini kebanyakannnya mengamalkan budaya politik SAMPAH yang terlalu jijik dan kotor untuk dihayati apatalagi untuk diwarisi oleh golongan muda ini.JADIKAN POLITIK ITU BERMUSIM BUKAN POLITIK SEPANJANG MUSIM.

SELAMAT SAHRI KAWE UCAPKAN KEPADA SELURUH WARGA UMNO tumPAS .

P/S ; Kawe ingin mencadangkan kepada warga UMNO tumPAS  supaya berbincang untuk mengadakan majlis IFTAR sesama ahli yang berdekatan MUNGKIN melibatkan keluarga masing masing akan lebih memeriahkan lagi FADHILAT RAMADAN ini.




1 comment:

Anonymous said...

salam..mat kamil awang tu pro UMNO ke PAS ke PKR?