Tuesday, August 2, 2011

TUAK NYIOR WANGI CIKGU NIK MAT PULAU KUNDUR

                                     Tuak nyior wangi Cikgu Nik Mat sedang disukat dan diikat

Hari ini adalah hari pertama berpuasa bagi seluruh umat islam di malaysia.Bulan Ramadan yang penuh rahmat keberkatan ini setiap tahun akan memberi sedikit kelegaan kepada peniaga peniaga makanan di seluruh negara. Sebulan bulan puasa inilah peluang mereka untuk mencari reezeki lebih untuk berbelanja di hari raya.

Setiap kali bulan Ramadan ramuan berbuka yang akan kawe cari dan cari ada kepelbagaian jika berkebetulan kawe berpuasa dan berbuka ditanah Cik Siti Wan kembang.Hari ni kawe nak bercerita tentang KECINTAAN kawe kepada air tuak (Nira Kelapa bahasa ore Kuala Lumpur) di bulan ramadan ini.Golongan muda kini ,mungkin masih meminati tuak ini ,mungkin ada yang boleh membezakan tuak yang asli dengan tuak yang tidak asli.Tuak yang dijual ditepi jalan kebiasaannya bukanlah tuak yang asli dari segi rasanya walaupun ada ditulis ''TUAK ASLI '' dikotak simpanan tuak tersebut.Untuk mengetahui tuak tersebut asli dan tidak asli anda perlu tahu bagaimana cara tuak diproses diperingkat awal hingga akhir .Anda tidak akan dapat membezakan tuak asli dengan yang asli sekiranya anda tidak pernah merasai tuak yang asli ,itulah adalah perbezaan mudah dari segi rasa.

Selepas asar hari ini kawe menuju ke Kampung Pulau Kundur untuk mencari tuak asli yang disadat oleh Tok Nyadat Cikgu Nik Mat dikebun nyior wanginya.Nyior wangi adalah spesis kelapa renek yang lebat buahnya.Tenaga Beruk tidak diperlukan untuk memulas nyior wangi kerana ketinggian kelapa ini hanya boleh dipetik samada dengan atau galah sahaja. Lebih kurang pukul  5.30 petang kawe tiba didepan tangga Tok Nyadat ini.Kelihatan beberapa orang penggemar tuak sedang menunggu giliran mereka untuk mendapat tuak yang sedang dimasukkan kedalam ''supit'' dengan menggunakan cetong (jag) .Harga tuak hari ini bukan murah seperti 10 tahun dulu ,dulu ramai tok tok nyadat yang menyadat tuak kini amat jarang ada tok nyadat yang mahir menyadat tuak.Harga tuak Cikgu Nik Mat ini Rm 5 secetong.

 
                          Lima cetong tuak kawe sedang diisi dalam supit rokrak

Kawe bolehlah menceritakan sedikit bagaimana tuak ini diproses dengan pengetahuan sejengkal yang kawe ada untuk dikongsi dengan para pembaca diluar sana. Kita tinjau dulu secara bergambar peralatan asas yang patut ada untuk menyadat tuak ini .

            Rupa bentuk Ssadat tuak (pisau yang digunakan untuk menyadat tuak)

                             Tukil tuak (buluh yang di gunakan untuk menadah air tuak)


                             Laghu (Rincihan kayu halus dari banir cengal kebiasaannya)

Tiga peralatan perkara asas ini perlu ada dalam pemprosesan yang seterusnya untuk mendapatkan tuak. Ssadat tuak digunakan untuk mengerat/memotong/menghiris mayang (tandan) nyior yang muda untuk air tuak dikeluarkan (kalau mayang nyior yang tua disebut manggar dalam bahasa kelate). Laghu berfungsi untuk melambatkan proses tuak menjadi masam disamping untuk mendapat rasa tuak menjadi manis manis kelat. Laghu ini akan dimasukkan kedalam Tukil secukup rasa sebelum diikatkan kepada mayang (tandan) nyior yang telah dihiris tadi untuk menadah air tuak .


Tok Nyadat  sedang menghiris mayang nyior sebelum ditadah dengan tukil.


      Pembantu Tok nyadat sedang mengikat tukil setelah mayang nyior disadat.


                                              Rupa bentuk mayang nyior yang baru disadat

                                      Rupa bentuk mayang nyior yang sudah lama disadat .

Kepakaran yang perlu ada kepada seorang Tok Nyadat adalah ketekunan dan kesabaran dalam proses melentur mayang nyior ini .Proses ini akan mengambil masa berbulan .Cara dan teknik meregangkan mayang nyior ini kena betul.Kedudukan dan sudut darjah kecondongan mayang nyior perlu dipaut dengan betul suapaya lelehan air tuak keluar dengan baik .Gagal menguasai teknik teknik ini maka mayang nyior akan MERAJUK dan air tuak takkan keluar. Kesenian dan kesabaran dalam proses ini amat penting dan perlu dititik berat oleh Tok Nyadat.

Setiap mayang nyior ini akan dapat mengeluarkan hasil 2 kali sahaja dalam sehari semalam.Kebiasannya Tok nyadat akan mengutip haasilnya pada sebelah pagi dan sebelah petang.Jika anda tiada pengalaman membeli tuak di rumah tok nyadat ,pertanyaan samada tuak pagi atau tuak petang akan mencerminkan anda mempunyai pengalaman membeli di rumah Tok Nyadat bukan setakat pandai membeli tuak ditepi jalan semata mata. Dihari hari biasa Tuak dirumah Cikgu Nik Mat ini anda boleh memilih untuk membeli tuak pagi atau petang TAPI anda tidak boleh buat demikian didalam bulan Ramadan.

Kawe suka Tuak yang semalaman kerana rasanya akan ketik ketik lidah ...hahahha..Lidah anda berhak untuk merasai tuak pagi atau tuak petang berdasarkan citarasa anda sendiri.

Dua tong tuak yang telah dibawa turun dari pokok yang telah diasingkan laghu didalam tukil siap sedia untuk dicedok dengan cetong untuk dimasukkan kedalam supit sebelum disumbat kedalam supit rokrak untuk diserahkan kepada pembeli air tuak .

SEMUA GAMBAR GAMBAR DIATAS ADALAH YANG KAWE AMBIL DIKEBUN NYIOR WANGI CIKGU NIK MAT PULAU KUNDUR .BELIAU JUGA MEMPROSES NNISE KERRET DI HARI HARI BIASA.

No comments: